Khas untuk Nur Farhanah binti Jaafar;
Hari tu masa kita buka blog awak dan baca, pada mulanya kita tertanya-tanya dalam hati "Siapalah yang Hana marahkan sangat ni". Lepas tu, kita rasa tak puas hati, kita baca balik post tu. Dan, pada masa tu kita macam, "Oh snap! Hana tengah mara gila kat aku."
Kita macam terkejut gila kot. Especially, bila awak macam dah tak nak berkawan dengan kita lagi. Ataupun, pada masa sekarang ni, mungkin awak dah tak anggap kita sebagai kawan kan? Kawan baik, apatah lagi. Hmm.
Jadi, di sini kita nak terangkan apa yang berlaku. Selepas awak baca penerangan ni, terpulang lah pada awak, awak nak berkawan dengan kita atau tidak. Kita tau, kita seorang kawan yang SANGAT SANGAT TERUK.
I am so sorry, Hana. :(
Sebenarnya, sehari sebelum kita plan nak keluar tu, kita accident. Tangan kanan kita terseliuh sampai bengkak dan tidak boleh bergerak langsung. Selepas pulang daripada klinik masa tu, kita RASA, kita ada sms awak dengan Qusya. Kita bagitahu korang, yang kita tak dapat pergi keesokkan harinya sebab kita accident. Tapi, Qusya je yang reply dan awak tak reply. Ataupun, mungkin awak tak dapat sms yang kita send tu kot.
Tapi, takpelah kan. Ini SEMUA SALAH KITA. Kita patut call awak, dan bukannya sms. Kita minta maaf sangat-sangat, Hana. Kita tulis post ni bukan nak raih simpati awak, ataupun nak ubah keputusan awak. Kita hanya nak terangkan apa yang terjadi sebenarnya.
Selepas ni, terpulanglah pada awak. Kita minta maaf atas sikap kita sekarang ni. I am so sorry. Kita tak pernah lupa kawan-kawan kita. Kita selalu ingat korang, cuma mungkin tak ada masa nak contact. Kita sayang kawan-kawan kita. Tapi, kalau awak tetap dengan pendirian awak, kita boleh buat apa lagi kan.
Yang pasti, sekali awak dah jadi kawan kita, selamanya awak jadi kawan kita. Kita minta maaf, Hana.
Monday, January 18, 2010
Biar aku terangkan apa yang gelap.
Friday, January 01, 2010
Tahun Baru, 2010.
Goodbye 2009, Hello 2010!
Seperti biasa, setiap kali Tahun Baru tiba, aku akan duduk depan TV dan tengok rakyat Malaysia countdown dekat Dataran Merdeka dan sebagainya. Aku bukannya seperti remaja lain yang akan keluar tengah-tengah malam hanya untuk menyaksikan fireworks dan merasai kemeriahan Tahun Baru. Aku lebih prefer duduk rumah diam-diam. Lagi cool. Hahaha.
So, apa azam baru tahun ni ek?
1) Maintain DL dan usaha lebih untuk dapat CGPA yang lebih bagus.
2) Bersenam at least dua kali seminggu.
3) Menabung.
4) Baca banyak buku English dan buat catatan harian in English.
5) Solat lima waktu tanpa lalai dan malas.
6) Struggle for Mathematics dan bila rasa mcm nak give up, cakap MATH SENANG.
Aku rasa, setakat ni, itu je kot. Aku akan tambah lagi jika perlu.
Tuesday, December 29, 2009
Aku Bukan Die Hard Fan Dia.
OMG! Okay, first of all aku nak minta maaf sangat-sangat kalau post kali ni annoys siapa-siapa yang baca blog aku neh. Aku tak suruh pun kau baca. So, kalau kau rasa aku neh annoying sila tekan ALT F4. Terima kasih. :)
Begini ceritanya. Semalam, as usual aku dengan adik-adik aku akan duduk depan TV pukul 10 PM sebab nak tengok Awan Dania. Aku suka sangat dengan character Dania yang Scha Alyahya berlakon tu. Tapi, malam tadi Awan Dania tak ada. Dia just tunjuk Behind The Scene Awan Dania. Walaupun dia tunjuk Behind The Scene, aku dengan adik-adik aku memang setia betul duduk depan TV tengok cerita tu. Haha.
Sampaikan, adik-adik aku pun dah hafal Theme Song Awan Dania tu. Fuh, penangan yang hebat betul lah cerita neh. Anyway, aku follow Scha dekat Twitter. Yea lah, dah minat kan. So, pagi tadi aku tegur dia dekat Twitter.
Click untuk tumbesaran.
Click untuk tumbesaran.Haha. Okay, enough said. Aku tak adalah obsess dengan Scha Alyahya ataupun die-hard-fan dia. But, aku rasa happy sebab selebriti macam tu boleh reply tweet peminat-peminat dia. I mean, diorang kan selalu sibuk dengan kerja, shooting, apa semua. But, dia masih ada masa lagi nak reply. Huhuhu.
Thank You, Kak Scha. (eventhough you might not read this)

